Sabtu, 5 Januari 2013

Sejarah

Kampung Kuala Tahan mengambil sempena nama muara Sungai Tahan yang di hulunya terletak Gunung Tahan.Ia diteroka sekitar tahun 1900 an. Penempatan awal terletak sekitar tebing Sungai Tahan. Sekarang , tapak tersebut terbinanya Mutiara Resort.
   
Sekitar tahun 1930 Pejabat MARGASTUA dan perumahan pekerja disatukan di mana seorang penguasa ditempatkan untuk menjaga khazanah Taman Negara yang ketika itu dikenali sebagai King George IV.

Pada tahun 1970 , bilangan penduduk bertambah dengan pembukaan perumahan Seberang Ara. Kuaters ini dikhaskan untuk pekerja PERHILITAN.

Pada tahun 1976 , bilangan penduduk bertambah secara mendadak dengan peningkatan bilangan pelancong yang melawat ke Taman Negara. Kampung tradisional seperti Kg Padang , Rempai , Tekah/Tui dan Belebar menerima limpahan penduduk. Kesemua kampung-kampung ini membentuk menjadi KAMPUNG KUALA TAHAN.

1 ulasan:

  1. Boleh tuan/puan menceritakan perkembangan pertempatan di kuala tahan selepas merdeka sehingga sekarang

    BalasPadam