Sabtu, 5 Januari 2013

Sejarah

Kampung Kuala Tahan mengambil sempena nama muara Sungai Tahan yang di hulunya terletak Gunung Tahan.Ia diteroka sekitar tahun 1900 an. Penempatan awal terletak sekitar tebing Sungai Tahan. Sekarang , tapak tersebut terbinanya Mutiara Resort.
   
Sekitar tahun 1930 Pejabat MARGASTUA dan perumahan pekerja disatukan di mana seorang penguasa ditempatkan untuk menjaga khazanah Taman Negara yang ketika itu dikenali sebagai King George IV.

Pada tahun 1970 , bilangan penduduk bertambah dengan pembukaan perumahan Seberang Ara. Kuaters ini dikhaskan untuk pekerja PERHILITAN.

Pada tahun 1976 , bilangan penduduk bertambah secara mendadak dengan peningkatan bilangan pelancong yang melawat ke Taman Negara. Kampung tradisional seperti Kg Padang , Rempai , Tekah/Tui dan Belebar menerima limpahan penduduk. Kesemua kampung-kampung ini membentuk menjadi KAMPUNG KUALA TAHAN.

Jumaat, 4 Januari 2013

MAKLUMAT UMUM - PENTADBIRAN

PARLIMEN JERANTUT
YBM Dato' Sri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar

ADUN TAHAN
YB Dato' Wan Amizan b Wan Abdul Razak

PEGAWAI  DAERAH  JERANTUT
YH Dato' Hj Ismail b Hj Mohd Ali

PENGHULU
En Zulkifly b Zaadun Zabir



KETUA KAMPUNG
En Ali Asra b Abdul Rahman

SETIAUSAHA JKKK
En Zainuddin b Daman

BENDAHARI
En Dahalan b Ramli

Rabu, 2 Januari 2013

PELAN SUSUN ATUR KAMPUNG

NAMA KAMPUNG INDUK   :  KG KUALA TAHAN
NAMA - NAMA KAMPUNG :-

1. Kg Padang
2. Perumahan FELCRA Tembeling Tengah
3. Kg Rempai
4. Kg Tekah / Tuit
5. Kg Belebar
6. Kg Kuala Tahan
7. Kg Teresik
8. Seberang Ara
9. Kg Yong ( Orang Asli )


No Tel  :  Pengerusi JKKK 017-9681112
No Fax / Tel  :  09 2667496
E mail : kgkualatahan@gmail.com

Isnin, 31 Disember 2012

KampungKu Indah Permai
Banjir 2012
Jambatan Aok
Jeti Canopy